Di antara kepelbagaian snek dan kerepek di Malaysia, Kerepek Pisang Tanduk sentiasa mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Dihasilkan daripada pisang tanduk gred terpilih, snek ini bukan sahaja mengimbau kenangan nostalgia, malah kekal sebagai kudapan kegemaran pelbagai lapisan umur.
Keistimewaan Pisang Tanduk Dibandingkan Pisang Lain
-
Saiz & Tekstur Yang Unik: Pisang tanduk mempunyai saiz yang lebih besar dan padat, membolehkan ia dihiris memanjang dengan tekstur yang lebih nipis dan rangup.
-
Rasa Lemak Manis Semula Jadi: Berbeza dengan pisang nipah atau pisang nangka, pisang tanduk mempunyai rasa manis semula jadi yang seimbang tanpa memerlukan penambahan gula yang berlebihan.
-
Warna Kuning Keemasan Yang Menarik: Warna aslinya yang kuning terang memberikan rupa paras kerepek yang sangat menyelerakan tanpa perlu pewarna tiruan.
5 Majlis & Aktiviti Yang Sesuai Dihidangkan Kerepek Pisang Tanduk
-
Doorgift & Goodies Majlis Perkahwinan: Pembungkusan cilik yang comel menjadikannya pilihan hadiah tetamu (doorgift) yang premium dan disukai ramai.
-
Kudapan Pejabat & Mesyuarat: Snek yang tidak bersepah dan mudah dimakan semasa bekerja atau berdiskusi.
-
Hidangan Hari Raya & Perayaan: Menjadi penyeri meja tetamu bersanding dengan biskut raya moden.
-
Snek Teman Menonton & ‘Kaki Gaming’: Pilihan kudapan rangup semasa menikmati filem bersama keluarga di rumah.
-
Buah Tangan Hari Keluarga (Family Day): Snek serba guna yang digemari dari peringkat kanak-kanak hingga warga emas.
Sebab Utama Anda Perlu Memilih Kerepek Pisang Tanduk Ibu Zila
-
Bahan Mentah Terpilih: Hanya menggunakan pisang tanduk segar yang cukup tua untuk memastikan kerangupan maksima.
-
Prosis Pembungkusan Kedap Udara: Dibungkus rapi bagi memastikan kesegaran dan kerangupan kekal lama sehingga ke tangan anda.
-
Dijamin Halal & Bersih: Disediakan mengikut piawaian kebersihan yang ketat untuk ketenangan fikiran pengguna.


