Resipi Kerepek Pisang Guna 3 Bahan Je,
Ini Rahsia Peniaga Kerepek Sendiri, Rangup Dan Senang Sangat Nak Buat!
Bahan-Bahan:
- pisang berangan – 1 sikat sahaja
- marjerin secawan (200gram)
- minyak setengah kilo (1/2 kilo)
Cara Penyediaan:
- Ambil pisang dan kupas kulit untuk dapatkan isi buah pisang.
- Sagat pisang mengikut ketebalan yang dimahukan. Kerepek pisang ni lagi nipis lagi rangup lagi sedap.
- Letak marjerin dalam periuk yang berisikan minyak setengah kilo tadi.
- Goreng macam biasa dan angkat.
Petua/Info: Nak tambah aroma masukkan dua tiga hiris bawnag putih masa menggoreng. Rahsia ini dari peniaga kerepek sendiri tau.
Untuk resepi kerepek pisang guna 3 bahan, tidak perlu gunakan air garam atau serbuk kunyit untuk dapatkan warna kuning emas cantik. Cukup 3 bahan itu sahaja.
Nanti boleh goreng banyak-banyak, masukkan dalam bekas atau balang yang kedap udara. Nak makan nanti tinggal ambil je.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat mecuba dan menikmati!
Sumber: Khaula Anis – dailymakan.com @ www.KerepekIbuZila.com
